BUAT SESUATU DENGAN IKHLAS

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengarlah crite ini dengan baek........mudah-mudahan...kte dpt mngambel iktibar atau pengajaran drpde crite ini.....
SeLaMaT MeMbAcA!!!

Handphone isteri aku bersiul menganggu perbualan antara kami sewaktu aku dan keluarga dalam perjalanan pulang dari makan malam disebuah restoran ikan bakar kat Tanjung Lumpur. Makan malam hari ini disponser oleh adik ipar aku dan suaminya. Maklumlah baru dapat bayaran atas khidmat ketering yang buat pada hujung minggu ini. Makan malam yang ceria tambah manis dengan kehadiran kedua mertua aku. Siulan itu menandakan ada mesej masuk kat handphone isteri tercinta. Mesej dibuka dan butir ayat yang tertera begini isinya

" Umi saya murid SMK Chini, saya nak tanya sikit solat apa yang dilakukan oleh Siti Fatimah (pelajar terbaik SPM 2006 dengan 19 A) pada setiap malam "

" Kesihan kan anak-anak ini. Solat-solat sunat seperti ini pun mereka tak kenal apalagi nak mempraktikkannya. Kelmarin ada yang menghantar mesej menyatakan tak tahu bagaimana nak solat dan ada yang lebih sayangkan teman lelaki dari ibubapa kerena merasakan ibubapa tak sayangkan mereka " isteri aku meluahkan isi hatinya sambil membalas mesej tersebut.

Begitulan rutin dan keadaannya bila habis satu-satu program bersama pelajar -pelajar sekolah menengah isteri yang aku kendalikan. Mesej yang masuk berbagai pertanyaan atau luahan hati para pelajar remaja ini. Ada juga yang memaklumkan kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan. Takut kita dengar ketelanjuran yang telah mereka pernah lakukan. Hampir setiap minggu isteri aku akan ada sesi motivasi bersama para pelajar samada perinngkat rengah atau menengah. Balik dari menunaikan fardu haji tahun lalu permintaan untuk Ustazah Rohani semakin bertambah setiap minggu. hinggakan terpaksa ditolak kerana pertindihan dan kekangan sebagai ustazah di SK Sg. Isap.

" Ustaz angah cakap kita kena buat solat taubat dulu baru buat solat hajat " angah mencelah keluh kesah uminya.

" Betullah tu, kita kena minta ampun dulu baru minta sesuatu hajat dari Allah SWT " aku pun turut mencelah.

" Solat hajat dan solat taubat boleh dibuat pada sebilang masa tapi kalau malam hari seelok-eloknya buat solat tahajud dulu baru buat solat taubat dan hajat " aku menyambung bicara buat anak kedua aku.

" Angah kena jadikan solat-solat ini satu amalan harian bukannya lakukan bila perlu aje " aku terus menambah kuliah sambil memandu.

Dalam suasana malam yang tenang dan keadaan trafik yang bergerak lancar aku terus memandu membelah malam menyusuri jalan Kuantan - Gambang untuk kembali keteratak kami. Tiba dilampu isyarat dihadapan SMK Paya Besar aku memberhentikan kenderaan kerana lampu isyarat bertukar warna merah. Semasa menunggu lampu bertukar hijau aku menyambung saranan buat anak gadis aku lagi.

" Angah kena ingat, kita buat semua amal ibadat dengan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran. Jika kita buat kerana ganjaran istiqamahnya tak berpanjangan. Cuba kita lihat waktu bulan ramadhan, kita disarankan membuat qiammullai untuk mencari malam seribu bulan. Masing-masing buat mengikut hari-hari pilihan tapi kalau kita buat sepanjang bulan tentu kita dapat apa yang dicari " aku berhenti sebentar bila lampu isyarat kembali bertukar hijau.

" Oleh sebab kita buat kerana ganjaran kita tak dapat meneruskan amalan qiammullai bila bulan ramadhan berakhir, bukankah kita juga yang rugi " aku cuba membangkitkan kesedaran ini buat puteri kedua aku.

Sebelum menutup topik tersebut aku berpesan kepada angah supaya menjadikan amalan solat malam sebagai rutin harian. Aku sarankan padanya supaya bangun setengah jam sebelum masuk waktu subuh untuk mengerjakan solat-solat sunat tersebut. Semoga kuliah pendek ini mampu membangkitkan keinginan puteri aku menjadikan solat-malam sebagai satu rutin kehidupan.

Ya Allah, kau permudahkan aku dan keluarga untuk bangun setiap awal pagi supaya dapat kami sujud padaMu. Ya Rahman, Ya Rahim tuhan yang maha penyayang lagi pengasih jadikan kami hamba-hamba Mu yang mensyukuri segala nikmat kurniaan Mu.

No comments:

Post a Comment